Ampiang dadiah
Ampiang dadiah

Ampiang dadiah

Ampiang dadiah atau dadih emping merupakan salah satu makanan khas daripada Sumatera Barat. Ampiang dadiah terdiri dari campuran ampiang dan dadih. Ampiang terbuat dari pulut dan ditumbuk, sedangkan dadih merupakan susu kerbau yang difermentasikan.[1]Proses membuat dadih yang pertama susu kerbau segar dimasukkan ke dalam buluh yang dipotong-potong dan ditutup dengan daun pisang. Selepas itu, dadih ditapaikan selama kurang lebih 2 hari 2 malam. Susu kerbau akan berubah dan sama seperti agar-agar. Warnanya putih berubah menjadi kekuning-kuningan.[2][3]Makanan tradisional ini baik untuk kesihatan semua peringkat umur. Makanan ini dipercayai berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol pada badan, menyihatkan fungsi dari jantung dan juga dapat menambah stamina.[1]

Berkaitan